Liyana Jasmay sentiasa dilihat ceria,riang, lincah dan aktif. Mungkin kerana itulah dia disenangi oleh teman baiknya, Aizat Amdan. Keletah manja pasangan penyanyi dan pelakon remaja itu sangat menghiburkan apabila digandingkan dalam satu fotografi. Adakalanya, gurauan manja mereka juga sering memecah kesunyian.
Orang sekeliling tentunya berbisik dalam hati, bahagia sungguh mereka bercinta. Namun, perkara-perkara indah sebegitu selalu saja tidak berpanjangan.Desas desus mengatakan, mereka kini mengambil keputusan untuk tidak mahu digandingkan lagi. Entah apa silapnya, mereka lebih selesa jika tidak lagi dikaitkan. Sungguh mengejutkan! Mengapa boleh jadi begini ya? Adakah Liyana sudah mempunyai teman yang lebih kacak dari Aizat? Ini baru cintan cintun belom lagi kahwin. Hikhik.
0 comments:
Post a Comment